Dana Musleh

Perjuangan Pendidikan Membentuk Insan Rabbani

SOKONG KAMI

Bantulah kami dalam usaha memperjuangkan Pendidikan Insan Rabbani

Kami dengan sepenuh takzim dan hormat menjemput anda untuk turut sama memberikan sokongan dan sumbangan dana kepada IKRAM Musleh dalam usaha memartabatkan Pendidikan Rabbani.

Maklumat lanjut -- skrol ke bawah

Latar Belakang

Mengapa perlu kumpul Dana Musleh?

COVID-19 sangat memberi kesan terhadap sumber-sumber pendapatan isi rumah. Dalam tempoh ini kita perhatikan ada orang yang diberhentikan kerja, ada yang dipotong gaji, ada yang terpaksa cuti tanpa gaji, ada yang perniagaan muflis, dan banyak lagi kisah-kisah sumber pendapatan terjejas.

Rentetan daripada ini, sekolah-sekolah IKRAM Musleh juga terkesan kerana sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh adalah sekolah-sekolah swasta yang sepenuhnya bergantung kepada yuran pengajian untuk beroperasi. Apabila ibu bapa tidak mampu membayar, maka sekolah-sekolah juga kurang pendapatan. Ini turut menjejaskan pengoperasian IKRAM Musleh secara langsung sebagai institusi yang memayungi sekolah-sekolah rangkaian ini.

Oleh itu IKRAM Musleh membuat inisiatif untuk mengatasi masalah sumber ini dengan membuka Dana Musleh agar usaha murni ini tidak terencat dan sekolah-sekolah dapat dibantu.

Siapa Kami?

Profil Ringkas IKRAM MUSLEH

IKRAM MUSLEH adalah sebuah institusi yang memberikan fokus kepada pendidikan di bawah naungan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, tarbiah dan kebajikan.

IKRAM adalah sebuah organisasi holistik, yang bercita-cita untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menyeluruh kepada masyarakat umum di Malaysia. 

Apakah itu insan rabbani?

Insan rabbani adalah manusia yang berusaha untuk mendekat kepada ALLAH Rabbnya, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Matlamatnya ialah ALLAH. Panduannya ialah al-Quran. Rasulullah (saw) diambil sebagai contoh dalam kehidupan, akhlak dan perjuangan. Insan rabbani juga berusaha secara bersungguh dengan penuh pengorbanan agar Islam yang sebenar tertegak di atas muka bumi. Cita-citanya ialah untuk mati pada jalan ALLAH.

Tujuan

Ke manakah kutipan dana ini akan digunakan?

Tadbir Urus

IKRAM Musleh menjalan pelbagai aktiviti untuk mengatur, mengurus, menyusun, menetapkan, membangunkan polisi-polisi pendidikan di sekolah-sekolah IKRAM Musleh demi membangunkan insan rabbani.

Kurikulum dan Koku

IKRAM Musleh memerlukan sumber untuk membangunkan kurikulum dan pentaksiran yang menepati keperluan melahirkan insan rabbani. Kami juga memerlukan sumber untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum berpusat walaupun secara atas talian.

Dana Sekolah-sekolah

Sebanyak 10% daripada dana terkumpul akan disalurkan kepada sekolah-sekolah rangkaian yang tuan-puan pilih.

Setiap sumbangan anda akan membantu IKRAM Musleh dalam menambah baik usaha perjuangan untuk membentuk insan rabbani. ALLAH jualah yang membalas apa yang tuan/puan korbankan di atas jalan-NYA.

IMPAK IKRAM mUSLEH

Bagaimanakah IKRAM Musleh memberikan impak kepada pengislahan pendidikan di Malaysia?

Aktiviti IKRAM Musleh

Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh IKRAM Musleh dan sekolah-sekolah rangkaiannya dalam usaha untuk melahirkan insan rabbani.

The goal of this project is to provide a scale called IQRA – International Quality Range Assessment for Islamic Education. IQRA is unique because it develops tests which are not directly linked to the school curriculum. The tests are designed to assess, to what extent students at the end of compulsory education, have accomplished the desired educational outcomes in terms of applying their knowledge to real-life situations and be equipped for full participation in society.

This Parliamentary-Style Debating Championship is organised by Pendidikan Ikram Musleh Bhd (IKRAM Musleh), in collaboration with the International Centre for Educational Excellence (ICEE). The main purpose of this championship is to unleash an exemplary public speaking talent amongst students in three languages, which are Bahasa Melayu, English and Arabic. It is also a platform to demonstrate to the students how eloquence, fluency and critical thinking skills are combined together with akhlak and adab in order to deliver and execute debates flawlessly. Participation is open to all students between the ages of 13 to 18 years old students from schools all over the world. The theme for this Championship is “Towards the Advancement of Mithali Leaders”

The International Eco Nature Run or “International Eco Nature Run” is an annual program organized by the IKRAM Musleh Co-Curriculum Unit and MUSLEH School Youth Cadet (KRS MUSLEH) for the third year with the joint organization of Sports, Co-curriculum and Arts (BSKK), Ministry of Education Malaysia (KPM).

Latihan Kader Duat (LKD) adalah latihan yang diberikan untuk pelajar lepasan SPM untuk mempersiapkan bakal pelajar IPT sebagai mahasiswa berjiwa pendakwah dan mempunyai pemikiran yang betul dalam menegakkan Islam.

Kejohanan memanah tradisional ini merupakan satu kejohanan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh KRS MUSLEH dan Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra). Kejohanan yang bertaraf antarabangsa ini membuka ruang kepada pelajar untuk mempersembahkan kemahiran memanah masing-masing secara profesional di samping memelihara budaya tradisional setempat.

KRS Musleh adalah badan beruniform yang diwujudkan untuk melengkapkan keperluan pendidikan di luar ruang kelas bagi sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh. KRS Musleh mengambil modul-modul KRS Malaysia dan mengembangkannya dengan latihan-latihan yang melengkapkan keperluan melahirkan insan rabbani.

Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pegawai Pengurusan, Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan disusun untuk memastikan para pemimpin sekolah, guru dan pelajar mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS Malaysia.

Pembinaan pelajar sentiasa diarahkan kepada peribadi yang sempurna (insan kamil) yang mencakupi sihat secara jasmani, baik ruhaniyahnya dan cerdas akal fikirannya. Salah satu daripada langkah pembinaan untuk mencapai peribadi insan kamil tersebut, ialah melalui wadah Kadet Remaja Sekolah MUSLEH sebagai media pembinaan dan pembangunan kepimpinan pelajar.  Kebanyakan aktivitinya dijalankan di peringkat sekolah manakala di peringkat kebangsaan pelajar-pelajar hanya dihimpunkan untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat dan kemahiran tertentu sahaja. Ruang lingkup untuk pelajar berinteraksi sesama sahabat adalah terhad.  Atas dasar itu Perkhemahan Nasional ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pembinaan pelajar seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam.

Menyediakan barisan kepimpinan IKRAM sehingga mereka mampu memimpin negara, Ummah dan manusia sejagat.

Membina negara rahmah memerlukan kepimpinan mukmin yang berintegriti dan kompeten. Seorang pemimpin mesti mempunyai ciri-ciri berikut: [1] Memimpin Diri, [ 2 ] Memimpin Manusia dan [ 3 ] Memimpin Perjuangan.

Pertandingan Video Pendek IKRAM MUSLEH Peringkat Antarabangsa 2020-2021 adalah lanjutan daripada pertandingan yang diadakan sebelum ini di peringkat nasional. Oleh kerana, seluruh negara diuji dengan pandemik Covid 19, maka semua aktiviti secara fizikal terpaksa dibatalkan. Namun, pertandingan ini diteruskan secara dalam talian yang mana selain membina hubungan silaturrahim antara negara luar, peserta juga dapat mengenali budaya peserta dari negara lain dalam dunia tanpa sempadan. Pertandingan peringkat antarabangsa ini akan turut disertai negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Adalah diharapkan pertandingan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) adalah sebuah badan kemanusiaan yang berdaftar [729288-P] dan mempunyai ‘Special Consultative Status’ daripada ‘Economic and Social Council (ECOSOC)’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Fokus memberi bantuan kemanusiaan meliputi negara-negara bergolak di Timur Tengah khususnya Palestin, Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq; komuniti yang memerlukan di Myanmar, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Thailand; serta kawasan yang ditimpa bencana (banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, kemarau) dalam dan luar negara.

Selain itu, sentiasa cakna terhadap isu-isu pendidikan yang melanda negera-negara berkenaan. Dengan itu MyCARE telah menubuhkan satu tabung dipanggil MyCARE Education Fund (MEF).

Kelab MyCARE ditubuhkan di bawah naungan MyCARE dan melaksanakan aktivisme MyCARE di bawah kelab-kelab sedia ada yang berkaitan dengan kemasyarakatan.

Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat membina hubungan antara pelbagai komuniti yang berbeza etnik dan latar belakang agama di Malaysia. Ia juga merupakan sebuah pusat sokongan kepada saudara baru. HC memfokuskan aktiviti dan capaian objektifnya kepada kumpulan masyarakat, saudara baru yang memerlukan bimbingan dalam pelbagai aspek dan juga mereka yang memerlukan tempat perlindungan sementara. Kelab Hidayah Centre bergerak bersama Rakan Hidayah yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation. Di sekolah Kelab Hidayah Centre akan melaksanakan aktivismenya di bawah Persatuan Agama Islam.

Kelab Ibantu ditubuhkan dan bernaung di bawah Yayasan IKRAM yang mempunyai misi dan visi untuk menyemarakkan kesedaran dan penghayatan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat. Usaha ini adalah untuk membantu kerajaan mendekati masyarakat yang memerlukan dan kadang-kadang terpinggir akibat pembangunan yang tidak seimbang.

SPPIM merupakan satu sistem pentaksiran holistik yang dibangunkan bagi mengukur perkembangan pelajar dalam segenap aspek sama ada emosi, rohani, jasmani ataupun sosial.

SPPIM memberi gambaran menyeluruh tentang individu dari perspektif pendidikan insan yang meliputi semua aspek pembentukan manusia yang menjurus kepada pembentukan manusia unggul.

Program Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) adalah program latihan pengajian ikhtisas bagi guru-guru dalam rangkaian sekolah IKRAM Musleh . Pada tahun 2003, program Diploma Pendidikan MUSLEH telah ditukarkan kepada Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH (SPIIM). SPIIM telah direviu pada tahun 2018 dan ditukar kepada SPAIM.

Kualiti merupakan suatu yang abstrak, tetapi apabila disebut kualiti, terdapat beberapa ciri yang terbayang dalam ingatan individu tentang menyatakan sesuatu benda, perkara atau keadaan itu berkualiti atau tidak berkualiti.  Ini termasuk struktur, budaya, dasar dan strategi serta tatacara seseorang itu berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders). Ia adalah merupakan satu proses bagaimana sesebuah institusi itu diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang dipersetujui oleh semua warga pendidik.  Oleh itu untuk mencapai hasrat tersebut maka pihak IKRAM MUSLEH telah bersetuju untuk melaksanakan Standard Kualiti IKRAM MUSLEH (SKIM) untuk memastikan institusi pendidikan di bawah rangkaian IKRAM MUSLEH dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sistem sokongan pembelajaran Al-Bayen ini adalah hasil kerjasama penyelidikan yang telah melebihi dua tahun antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Edess Education Development and Solutions Specialist (EDESS). Al-Bayen adalah satu sistem yang dipanggil Humanized System kerana sistem ini bukan sekadar satu platform untuk guru-guru memuatnaik atau menyimpan bahan-bahan pendidikan. Al-Bayen juga bukan Learning Management System (LMS), tetapi sistem Al-Bayen ini dibina dengan kandungan mengikut silibus yang telah ditetapkan. Sistem Al-Bayen yang dibina khas berdasarkan silibus IKRAM Musleh selepas ini akan dirujuk  sebagai Sistem Al-Bayen IKRAM Musleh (SABIM). Kandungan sistem Al-Bayen ini memberi fokus kepada:

  1. Pembelajaran berasaskan hasil
  2. Penjajaran Konstruktif
  3. Pembelajaran Personal
  4. Kemahiran aras tinggi (KBAT)
  5. Penyelesaian masalah
  6. Pembelajaran terarah kendiri

Ringkasnya Al-Bayen merupakan platform yang direka bentuk bagi memanusiakan sistem sokongan pembelajaran dan pengajaran serta menyediakan pendidik dan pelajar dengan medium yang sangat fleksibel sejajar dengan kehendak pembelajaran Abad ke-21. Bermatlamatkan pemerkasaan proses pengajaran dan pembelajaran, Al-Bayen menggunakan pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil. Set aktiviti interaktif Al-Bayen direka bentuk dan disesuaikan selari dengan hasil pembelajaran yang konstruktif utk membina persekitaran pembelajaran digital yang bermakna.

Lapan buah sekolah IKRAM Musleh telah bersetuju untuk menjadi sekolah rintis penggunaan SABIM bagi tahun 2021 ini, iaitu:

  1. SMI Hidayah Johor Bharu
  2. SMI Aman Kota Bharu
  3. SRI Hidayah Johor Bharu
  4. SRI Al Amin Kemaman, Terengganu
  5. SRI Al Amin Paya Besar, Kuantan
  6. SRI Al Azhar, Jitra
  7. SRA Hidayah Manjung
  8. SRI Integrasi Puncak Jalil

Semua yang disenaraikan di atas adalah usaha dan aktiviti yang terganggu pelaksanaannya disebabkan oleh wabak COVID-19. Sebahagiannya tidak dapat dilaksanakan lantaran keperluan untuk menjaga penjarakan sosial, dan sebahagian lagi sedang diusahakan dalam bentuk yang sedikit berbeza; atas talian, maya dan lain-lain format yang sesuai.

Namun, pelaksanaaan tersebut memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi objektif program-program tersebut.

Galeri Aktiviti IKRAM Musleh

Bagaimana Membantu?

Apa yang anda boleh buat untuk membantu kami.

1

Membuat sumbangan kewangan semampu tuan/puan. ALLAH jualah yang mengganjari setiap sen yang tuan/puan berikan ke atas jalan-NYA.

2

Tularkan usaha untuk mengumpulkan dana ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

Apa yang anda dapat

Manfaat istimewa buat anda

1

Setiap yang anda berikan ikhlas kerana ALLAH ta’ala di atas jalan ALLAH, ALLAH akan gandakan antara 10 hingga 700 kali ganda di akhirat. Tidak mahukah anda menjadi jutawan syurga?

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Quran, al-Baqarah:261

2

Ini peluang terhad untuk mendapatkan amal jariah yang berterusan setelah mati. Apatah lagi menyumbang kepada IKRAM Musleh adalah DUA daripada TIGA kategori amalan yang tidak terputus setelah mati!

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Soalan Lazim

Kemusykilan anda, kami jawab di sini.

Maaf, tidak. Kami bukan yayasan yang berdaftar dengan LHDN untuk urusan potongan cukai. Usaha ini adalah usaha untuk menampung keperluan pengurusan IKRAM Musleh yang terjejas disebabkan COVID-19.

Buat masa ini kami belum ada sistem untuk proses pembayaran menggunakan kad. Kami hanya menyediakan ruang pembayaran menggunakan FPX melalui Billplz.